Tuesday, October 19, 2010

Batik Kelantan masih hebat

VARIA 19 Oktober 2010 Selasa

Batik Kelantan masih hebat


PRODUK batik adalah 'komoditi' berharga dalam usaha memperkenalkan identiti pelancongan Malaysia di luar negara.


"KAU hendak pergi Kelantan, jangan lupa belikan batik yang cantik-cantik dan murah di sana." Permintaan ini biasa didengar apabila ada keluarga, saudara mahupun teman menyuarakan hasrat untuk berkunjung ke Kelantan.

Batik sinonim dengan Kelantan, selain makanan seperti laksam, nasi dagang, nasi kerabu dan pelbagai lagi jenis kuih yang unik dari segi nama dan rasa.

Boleh dikatakan setiap sudut di negeri itu terpamer perusahaan batik sekali gus memberi pelbagai nilai pilihan kepada pencinta batik.

Sekiranya tidak mempunyai masa, berkunjung ke lorong-lorong Pasar Siti Khadijah iaitu pusat beli-belah popular di Kelantan, boleh memudahkan seseorang memilih batik yang digemari.

Bukanlah suatu yang asing apabila terdengar suara peniaga di pasar itu dengan pelbagai nada memanggil pelanggan: "Wei adik manih... masuk masuk, mace-mace jenih ado, ado jenih lukis tange atau batik dari luar negaro pun ado..hargo muroh sikit." (Adik manis, masuk-masuk, macam-macam jenis ada, jenis lukis tangan atau batik dari luar negara pun ada, harga murah sedikit)

Tidak dinafikan bahawa usahawan batik di Kelantan ketika ini bersaing dengan lambakan batik dari negara luar seperti Thailand, Korea dan China.

Sejauh manakah lambakan batik dari negara luar ini memberi impak negatif kepada perusahaan batik Kelantan?

Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Kelantan, Khamis Yasim berkata, kesan yang dialami tidaklah sampai menjejaskan perusahaan batik Kelantan kerana batik Kelantan masih menjadi pilihan ramai.

"Kita tidak boleh halang kehadiran batik dari negara luar cuma apa yang kita boleh lakukan adalah mempertingkat promosi batik Kelantan," katanya.

Buat masa ini, Kelantan mempunyai 245 pengusaha batik yang aktif dalam bidang itu dan berdasarkan rekod, industri batik menyumbang sebanyak 80 peratus daripada hasil jualan kraf tradisional.

"Berdasarkan program promosi yang dilakukan Kraftangan Malaysia, hasil jualan seni kraf di Kelantan meningkat daripada RM5.62 juta pada tahun 2008 kepada RM6 juta tahun 2009 dengan batik menjadi penyumbang terbesar," katanya.

Ini memberi erti bahawa lambakan batik dari negara luar tidak menjejaskan industri batik Kelantan.

Keaslian dan keunikan

Masyhurnya batik Kelantan dari dalam hingga ke seluruh pelosok dunia, terletak pada kualiti yang menjadi pegangan setiap pengusaha batik Kelantan.

Justeru, Khamis berkata, persaingan daripada batik negara luar perlu diserang kembali dengan peningkatan dan penjagaan kualiti batik Kelantan yang merupakan identiti penting sekali gus membezakan batik dari negeri itu dengan Thailand, Korea dan China.

"Sebagai contoh, pengusaha batik Kelantan amat menitikberatkan pemilihan corak rekaan, motif, kain dan juga warna, kerana ingin menjaga kualiti batik yang dihasilkan. Malah, corak yang dihasilkan juga hanya ada satu dan tidak akan ada dua.

"Berlainan pula dengan batik dari Thailand, Korea dan China kerana corak yang mereka hasilkan semuanya sama. Kain yang digunakan pula adalah kain poliyster. Ia tidak selesa dipakai dan disebabkan itulah harganya murah," katanya.

Bantuan untuk usahawan


CONTOH sutera Tenun India (kanan) dan sutera Creep diperkenalkan di perusahaan MasKamal Batik & Trading.


Bagi Kraftangan Malaysia, pelbagai usaha dilakukan untuk membantu usahawan industri kraf menjana pendapatan menarik sekali gus membina namasehingga ke arena antarabangsa.

Menurut Penolong Pengarah (Ketua Bahagian Pembangunan Usahawan) PKKM Cawangan Kelantan, Faizul Azha Ibrahim, khidmat nasihat, motivasi, promosi dan kursus perniagaan sentiasa diadakan bagi membantu usahawan industri kraf.

"Bukan saja batik tetapi untuk kesemua industri kraf. Kraftangan Malaysia membantu misalnya dari aspek penyediaan program pembangunan usahawan, skim inkubator, skim khidmat kraftangan ataupun program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

"Di Kelantan sahaja ada lapan projek di bawah SDSI. Misalnya di Kota Bharu, tumpuannya pada batik. Tumpat pula fokus pada barangan logam dan perak sementara Pasir Mas pada anyaman rotan.

"Selain itu, Karyawan Malaysia juga ada memberi bantuan dari sudut prasarana dan mesin selain membawa usahawan menyertai mana-mana promosi seperti Hari Kraf Kebangsaan, atau yang terbaru, promosi Kraf Tekstil 2010 yang berlangsung pada 13 hingga 25 Oktober ini," katanya.

Identiti sendiri

Bagi pengusaha batik di Jalan Kuala Krai, Ketereh, Kelantan, Mat Kamal Abdullah, situasi lambakan batik negara luar tidak dilihat sebagai satu permasalahan. Menurutnya, majoriti pelanggan tetap mengunjungi kedainya untuk mendapatkan kain batik yang digunakan untuk koleksi busana mereka.

Kamal yang mengusahakan MasKamal Batik & Trading hasil gabungan nama isterinya, Che Mastura Ismail, meletakkan kepuasan hati pelanggan sebagai puncak segala urusan perniagaan mereka.

"Tidak jadi masalah dengan lambakan batik dari negara luar kerana MasKamal Batik ada identiti tersendiri.

"Warna yang kami gunakan memang berbeza setiap kali kerana ia bergantung pada permintaan pelanggan hari ini yang lebih menyukai warna lembut. Kalau dulu, warna garang jadi pilihan.

"Corak yang kami gunakan pula lebih ke arah gabungan seperti bunga, tumbuhan liar darat dan tumbuhan liar laut. Inilah identiti MasKamal Batik & Trading," katanya.

Tambahnya, perusahaan batik merupakan perniagaan yang menguntungkan apatah lagi apabila berpeluang menyertai promosi di bawah Kraftangan Malaysia. Hasil jualannya pernah mencecah hingga RM60,000 ketika mengikuti program tersebut.

"Batik suatu produk seni yang unik dan kepuasan menghasilkannya sangat bernilai," katanya. - Bernama


Wednesday, January 27, 2010

Tuesday, December 22, 2009

Dr Mahathir Dimata Seorang Pensyarah Rusia


Dr Mahathir Dimata Seorang Pensyarah Rusia

Victor A Pogadaev Dec 21, 09 6:36pm

Ketika kemuncak krisis kewangan di Asia Tenggara pada Ogos 1998, saya berkunjung ke Kuala Lumpur atas undangan Gabungan Persatuan Penulis Nasinal (Gapena) dan julung-julung kali melihat lapangan terbang antarabangsa KLIA yang baru dirasmikan. Saya dengan hairan berkata: "Dan anda cakap anda mengalami kemelesetan ekonomi!" Reaksi hampir sama saya lahirkan apabila timbalan ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Azmi Razak (yang kebetulan saya kenali ketika masih belajar di Universiti Malaya pada 1970-an) dengan bangga menunjukkan Kompleks Sukan Bukit Jalil yang juga baru dirasmikan menjelang Sukan Komanwel.Dalam mendepani kegawatan ekonomi ketika itu, tentu petandanya boleh dilihat dengan jelas. Tetapi pada amnya program pembangunan negara seiring dengan Wawasan 2020 terus dilangsungkan.Sumbangan perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad dalam hal itu tidak boleh dinafikan. Mula-mula beliau mengambil tindakan melawan spekulator mata wang dengan menetapkan kadar tambatan ringgit yang stabil dan mengehadkan pengalirannya ke luar negara.Strategi mengatasi krisis yang disusun perdana menteri - tanpa bantuan Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan pertubuhan antarabangsa lain - ternyata amat berkesan. Lebih penting, strategi itu dilaksanakan sedemikian rupa sehingga tidak merugikan program sosial dan tidak pula memberatkan kedudukan orang biasa.Pemandu teksi yang membawa saya dari KLIA mengungkapkan: "Mahathir seorang perdana menteri rakyat. Dia mementingkan bukan diri sendiri tetapi orang yang sekarang berada dalam kesempitan, iaitu rakyat jelata". Pastinya fenomena keperibadian Dr Mahathir akan disoroti lama lagi. Tindakan seorang yang luar biasa selalu menarik perhatian, tambahan pula kalau beliau memang pandai menemui jalan keluar dari sebarang situasi, bahkan yang sepintas lalu kelihatan buntu.Saya ingat pada akhir tahun 1980-an apabila, sebagai akibat formaliti undang-undang, Umno yang diketuainya menjadi seakan-akan tidak wujud. Dr Mahathir dengan pantas mendaftarkan parti itu dengan nama Umno (baru). Seorang wartawan asing pernah mencatat situasi itu seperti berikut:"Mahathir seumpama dengan orang yang terjatuh ke dalam lubang tetapi bukan saja boleh keluar dengan selamat, malah menemui di sana harta karun".Dr Mahathir juga pernah dinamakan sebagai doktor rakyat apabila, selepas rusuhan kaum pada Mei 1969, beliau disingkirkan daripada partinya dan kembali menyambung kerja di klinik.Ia berpunca daripada surat yang ditulisnya kepada perdana menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra dan kerajaan, dengan menimpakan tanggungjawab berhubung rusuhan kaum itu kepada mereka - bertentangan dengan pendapat umum waktu itu.Dr Mahathir tidak boleh secara langsung mengambil bahagian dalam politik tetapi beliau tidak dilarang menulis. Dan beliau menurunkan fikiran yang paling terpendam ke atas kertas.Mengapa orang Melayu di negaranya sendiri tidak berpeluang menjalankan kehidupan selayaknya? Apa mesti dilakukan bagi meninggikan taraf ekonomi mereka dengan tidak merugikan hak kaum lain? Bagaimana hendak mencapai kesetaraan antara kaum?Ia membawa kepada kesimpulan bahawa, penting mengembalikan orang Melayu ke bidang pengeluaran dan perdagangan seperti mereka didesak keluar akibat dasar penjajah yang menggalakkan imigrasi pekerja dari India dan China serta membekukan hubungan patriarki di kalangan Bumiputera luar bandar.Tetapi membuat itu tanpa sokongan kerajaan adalah tidak mungkin. Kerana itu, beliau mencadangkan orang Melayu diberi bantuan ekonomi khusus. Dilema Melayu, buku karangan Dr Mahathir, diharamkan tetapi ia masih sempat dibaca orang. Persoalannya, apa gunanya mengharamkan buku itu apabila rusuhan kaum 1969 menunjukkan bahawa sudah tiba masanya untuk menyelesaikan masalah kemunduran orang Melayu.Kesan-kesan rusuhan, antaranya deretan kedai yang musnah dalam kebakaran di Jalan Bangsar dan sikap berhati-hati orang Melayu dan Cina terhadap satu sama lain - masih kelihatan ketara pada 1970 apabila saya bersama sekumpulan pelajar Russia julung-julung kali datang ke Kuala Lumpur.Di Universiti Malaya, jarang dilihat pelajar-pelajar Melayu dan Cina bergaul bersama. Mereka juga mengelak membincangkan masalah politik. Betapa seriusnya hal itu dimengertikan oleh Tunku Abdul Rahman yang memilih untuk bersara.Langkah itu boleh ditafsirkan sebagai kerelaannya mengambil tanggungjawab atas peristiwa Mei 1969 - satu pendirian berani!Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikannya ternyata memiliki pandangan yang sama dengan Dr Mahathir. Beliaulah yang menyusun Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan mengukuhkan kedudukan ekonomi orang Melayu.Pastinya allahyarham turut memerhatikan Dr Mahathir pada awal tahun 1960-an apabila beliau dipilih menjadi ahli parlimen dan dengan giat mempertahankan kedudukan orang Melayu. Dengan bersaranya Tunku Abdul Rahman, maka Dr Mahathir mendapat peluang melaksanakan gagasannya dan kembali berpolitik secara aktif. Pada 1972, beliau diterima kembali dalam Umno dan diberi jawatan dalam kerajaan dua tahun kemudian.Mula-mula Dr Mahathir dilantik sebagai menteri pelajaran. Pada 1976, beliau dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kabinet Tun Hussein Onn. Pelantikan ini disusuli jawatan perdana menteri pada 1981. Peristiwa itu disifatkan pemerhati politik bukan hanya sebagai pergantian kerajaan, malah melonjakkan ahli politik generasi baru - meskipun tidak berapa muda daripada pendahulunya tetapi mempunyai asal-usul lain, penuh gagasan baru dan berazam bergiat cergas. Lee Kuan Yew, waktu itu perdana menteri Singapura, mencatatkan bahawa di Malaysia "generasi baru daripada lapisan bawah datang ke tampuk kekuasaan'. Dan ia sememangnya benar demikian. Dr Mahathir bukan saja menyambung dasar pendahulunya yang mahu menyatukan di sekitar Umno pertubuhan-pertubuhan politik lain, termasuk parti pembangkang, dalam rangka BN tetapi mengubah wajah negara sama sekali. Apabila saya kembali semula ke Malaysia selepas 16 tahun, saya tidak kenal lagi negara ini. Malaysia mendekati apa yang dinamakan negeri perindustrian baru, ia berhasil merekabentuk kereta sendiri yang dieksport dan bercita-cita melancarkan seorang angkasawan ke angkasa lepas. Tetapi saya sempat menyaksikan gejala yang lain juga. Di mana-mana, ternampak petanda pengislaman yang cergas. Perempuan Melayu mula bertudung dan berbaju kurung labuh. Kaum lelaki Muslimnya mula lebih ketat mengikuti peraturan agama. Bermacam-macam acara keagamaan, termasuk tilawah membaca al-Quran, menyerikan kehidupan bernegara. Islam seakan-akan menjadi perisai untuk orang Melayu mempertahankan jati diri, keperibadian dan kebudayaannya. Lembaga-lembaga kewangan Islam, termasuk bank Islam, mendapat peluang berakar kuat. Bersamaan dengan itu, kaum-kaum lain juga mendapat keyakinan terhadap masa depan. DEB yang disusun pada zaman Abdul Razak diubahsuai sedemikian rupa sehingga tidak menjejaskan hak mereka sambil meninggikan status ekonomi bumiputera. Bukti keberhasilan jalan yang dipilih ialah pencapaian besar dalam bidang ekonomi yang dicerminkan antara lain dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Cyberjaya dan mercu tanda berprestij, Menara KL dan Menara Berkembar Petronas. Cendekiawan dan kelompok masyarakat yang paling peka pada amnya menyokong dasar-dasar Dr Mahathir.Bayangkan Malaysia, dahulunya negara agak kecil dan kurang dikenali, mengejutkan masyarakat dunia dengan menuntut agar benua Antartika diberi status "warisan seluruh umat manusia". Malah, Malaysia sentiasa berada di barisan depan dalam pelbagai kerjasama antarabangsa, termasuk memerangi dadah, di samping menjadi penganjur penyatuan usaha negara membangun untuk mendapat tempat lebih dihormati di dunia. Maka berkumandanglah suara Dr Mahathir yang mengungkapkan: "Kita lama memandang pada Barat tetapi tidak lagi menganggapnya sebagai contoh sesuai bagi kita". Ia bukan sekadar kata-kata, sebaliknya diteruskan dengan langkah-langkah konkrit menuju ke arah terjalinnya hubungan lebih seimbang dengan negara lain, termasuk Russia. Dasar Dr Mahathir dalam bidang kebudayaan juga lain daripada yang lain. Malaysia sebuah negara Asia Tenggara yang berjaya melaksanakan dasar bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan menengah dengan pengecualian untuk penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi (IPT). Semangat patriotisme yang menjadi ciri khas masyarakat Malaysia adalah salah satu faktor lagi yang membantu Dr Mahathir mengadakan dasarnya demi kepentingan rakyat. Namun, Malaysia juga negara yang menyaksikan kewujudan pelbagai parti politik. Dan tidak semua langkah pemimpin negara dinilai sama. Misalnya Dr Mahathir pernah dikritik kerana bertindak terhadap pembangkang pada kemuncak krisis kewangan tetapi keprihatinan beliau boleh dimengerti. Akhirnya, kita tidak boleh tidak mengagumi cara bagaimana kerajaan Malaysia memikirkan nasib pelajar sekolah. Mereka akan hidup pada alaf baru dan, kerana itu, wujudlah satu lagi cogan kata “anak tanpa komputer ialah anak tanpa hari depan”. Kenyataan itu bererti bahawa pada masa terdekat setiap keluarga akan menpunyai sekurang-kurangnya satu komputer. Raja yang dilawati oleh Putera Kecil dalam karya penulis Perancis, Antoine de Saint-Exupery Le Petite Prince (Putera Kecil) pernah berkata: "Kekuasaan patut menjadi wajar. Kalau aku memerintah rakyat untuk menceburkan diri ke laut, maka rakyat akan mencetuskan revolusi. Aku berhak menuntut kepatuhan kerana perintahku wajar". Kini, ketika Dr Mahathir sudah bersara daripada kegiatan politik aktif, kita boleh mengambil kesimpulan bahawa dasar Dr Mahathir memang wajar. Selama 22 tahun, beliau menyusun strategi yang boleh dicapai bersandarkan kepada sokongan masyarakat terbanyak. Dr Mahathir tidak takut mengubah dasarnya, sesuai dengan perkembangan semasa dan berpandukan kepentingan rakyat terbanyak tanpa mengambil peduli pendirian Barat.Dan apabila beliau mundur, beliau yakin akan hari cerah Malaysia kerana penerusnya Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambungkan politik bertujuan untuk meningkat kesejahteraan rakyat.Dr Victor A Pogadaev adalah sarjana Rusia yang kini berkhidmat sebagai profesor madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya. Artikel ini disediakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari lahir Tun Dr Mahathir Mohamad pada 20 Disember.

Cerpeng Ganu !

Mamat rase malassang nök bangung tiddo. Nye gulling-gulling atah katil. Pusing kiri, pusing kanang. Serba dök kene dia berase. Mök Lijöh blèbèr hanyaar kot luör pitu, “Mat! Matahari nök tinggi galöh döh nim, ka’ak rezeki kalu bangung lèwat-lèwat. Mung tak dök kheje ke ari nim?”Dök tahang kene blèbèr Mamat Ppayang pong bikah bangung ceggat dari katil. Baru dia teringat pukol 11 ada kene wat kheje sikit hök Böh dia suroh kemarèng. Mamat pong jungaa tangang dia ambèk tuala. Pèsèngang mandi P. Ramlee pulök pagi nim, al maklunglah pukol 10.30 döh. Dari Manir nök jembe ke Jalang Batah Baru tu jauh jugök. Pah tu nök kena bereti stèsèng minyok Petronah pulök dekat sipang trapik lait Pulau Musang. Döp ingat starang nok tamböh minyök kemarèng. Dök dang 10 minit Mamat siap belake döh. Minung air kopi-ö setegök dua lepah tu pakaa kasut kulit atah tangge kak lambo. Baru beli minggu lepah tu kasut tu. Bekilat ssiö! Lepah tu Mamat pong stak möto vroooooong hale ke bandö. Mötosika sèkèng hèng jer, tapi boleh tahang lah.Jalang Batah Baru ader banyök bangunang jabbat dengang kedaa. Kalu hale ke depang sikit ada kedaa Astro, hök tv kene bayö bulang-bulang tu. Kalu tebèng dök bayö jer kena pötöng hanyaar. Lepah pada suraa Flat Batah Baru tu ada lèrèk kedaa èkong. Kedaa makang pong ada gök. Kalu jallang sikit lagi sebelum kedaa Astro tu, ada kawasang lapang tepat juaa khète baru cap Hyundaa dengang Kia.Di antara kedaa èkong dengang kedaa Astro tu ada celöh-celöh tu jabbat löyar baru buka. Pèsèngang baru pah jadi löyar tu Mamat mari mmkir sörrang. Slo-slo Mamat naèk tikat dua. Napök gaye ader dua örang jer kherani. Llaki sörang, ppuang sörang. Boleh tahang hök ppuang tu. Tapi pakaa cicing molèk ngak kat jari manih tu. Ttunang döh pèsèngang tu.. Dök napök gambö starang. Berat nnanang. Mamat kabö ke kherani ppuang tu dia nök jjuper Tuang Löyar. Hayat hidup Mamat dök rajing jjuper löyar skali habuk. Cakkak dengang löyar jauh skali.. Nye mari debö wèh.Mamat pong ketok pitu masok. Löyar tu tengöh pegang gagang talipung cap Panasonic kat telinga dia. Wayar talipung tu tengöh beseranggöh lagi. “I dah uruskan fixed deposit you sebanyak RM10 juta tu. Lagi satu, minggu depan ni, I nak you ikut I ke Singapore. HSBC Singapore dah buat arrangement untuk finance syarikat klien I, tak banyak, dalam 20 juta Sing dollar. Firm I jadi lawyer jugak tu. I turun KL minggu ni, kita dinner kat Shook di Starhill ok?”Mamat bukang pandaa sangat cakak orang putih. Tapi bila dengö haa pitih die pahang. Mainang apa juta-juta nim? Mamat mari mmikir.Löyar muder tu pong letök gagang talipung sambil-sambil kheling ujung mata tengök ke Mamat. “Yer, nök mender? Saya sibuk sangat ni, dök tengök ker?” löyar tu tanye Mamat.Mamat pucat kesi. Dök tahu nök kata mende. Nök jawak salöh. Tak mboh jawak salöh. Macang mase nök bangung tiddo sakning. Serbe dök kene. Sudöhhang Mamat tebèng jugök jawak.“Sebenörnyer tuang, sayer nim kheje dengang sarikat Teleköng. Saya mari nok sambung wayar talipung hök tuang wak lölök cakkak sakning. Dök sambung lagi wayar tu, guaner lah tuang boleh cakkak döh!”Muka tuang löyar tu jadi biru hèrang!Döh nök wat guana starang! Nök èksèng dök betepat! Ada jugök löyar kècèk orang dèh! Pecöh bo! Orang jamang lenim kata “kantoi”!

Monday, September 14, 2009

Perginya Seorang Tokoh Intelektual


Tokoh intelektual negara Prof Ismail Salleh telah meninggal dunia pada usia 61 tahun.Beliau menderita penyakit kencing manis sejak beberapa tahun lepas dan menjalani rawatan dialisis. Namun semangat daya juangnya yang tinggi tidak langsung menunjukkan bahawa beliau menderita kesakitan.Kita amat terasa kehilangannya. Kepada keluarganya kita dapat merasai betapa mereka amat merindui dan menyayanginya.Namun adalah diyakini tinta-tinta pemikirannya tetap segar dan akan semerbak. Beliau dianggap antara ahli ekonomi yang sangat terkenal dalam negara.Perjuangannya untuk melihat ekonomi bangsa meningkat dan berdaya saing amat mengkagumkan. Meskipun beliau tidak pernah berada di pentas politik, namun suara keprihatinan politiknya amat dihormati oleh semua pihak. Beliau adalah antara tokoh yang seringkali mempertahankan dasar DEB dan perlunya agihan yang saksama.

Masih segar diingatan akan kekecewaannya melihat DEB tidak mencapai matlamat sepertimana yang disasarkan. Kehilangan beliau amat dirasai oleh dunia akademia. Moga Allah merahmati rohnya. Amin.