Monday, September 14, 2009

Perginya Seorang Tokoh Intelektual


Tokoh intelektual negara Prof Ismail Salleh telah meninggal dunia pada usia 61 tahun.Beliau menderita penyakit kencing manis sejak beberapa tahun lepas dan menjalani rawatan dialisis. Namun semangat daya juangnya yang tinggi tidak langsung menunjukkan bahawa beliau menderita kesakitan.Kita amat terasa kehilangannya. Kepada keluarganya kita dapat merasai betapa mereka amat merindui dan menyayanginya.Namun adalah diyakini tinta-tinta pemikirannya tetap segar dan akan semerbak. Beliau dianggap antara ahli ekonomi yang sangat terkenal dalam negara.Perjuangannya untuk melihat ekonomi bangsa meningkat dan berdaya saing amat mengkagumkan. Meskipun beliau tidak pernah berada di pentas politik, namun suara keprihatinan politiknya amat dihormati oleh semua pihak. Beliau adalah antara tokoh yang seringkali mempertahankan dasar DEB dan perlunya agihan yang saksama.

Masih segar diingatan akan kekecewaannya melihat DEB tidak mencapai matlamat sepertimana yang disasarkan. Kehilangan beliau amat dirasai oleh dunia akademia. Moga Allah merahmati rohnya. Amin.

No comments: